Khamis, 3 November 2011

Kekasih yang dirindui




Bicara insan di perjalanan
di lorong itu
terkadang tangisnya tidak berlagu
tapi hatinya tetap merindu
rasa yang terpahat kukuh di jiwanya
menghatar rasa rindu itu dalam kiriman doa
buat kekasih peneman hidupnya
yang menasihati dikala terlanjur
yang mendoakan dikala diri terundur
yang berkorban dikala susah
yang memahami disaat gelisah
diri ini bukan terbaik
diri ini sering jatuh
jatuh
dan jatuh
namun pandanganmu tetap memuliakan
dalam diam masih mendoakan
sentiasa berdoa





1 ulasan:

  1. Anak muda mesti gagah, ana teringat kalam YB Salahudin Ayub..

    Pemuda melangkah gagah, alang-alang mandi biar basah,
    nyiur gading puncak mahligai, sayang ketupat berisi inti,
    biar hancur badan tulang berkecai, Kerana ISLAM pemuda sanggup mati...

    Takbirr..usah jemu berjuanga akhi :)

    BalasPadam