Ahad, 9 September 2012

labohan dagang

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ALHAMDULILLAHIRABBIL'ALAMMIN
WASSOLATUWASSALAMU 'ALA NNABIYYIL KARIM
WA 'ALA ALIHI WASOHBIHI AJMA'IN.. WA BA'DU

Mulakanlah segala sesuatu dengan "BISMILLAH" pesanan GURU saya. Sekurang-kurang manfaatnya ALLAH beri pahala pada orang yang membacanya. Banyak kelebihan BISMILLAH.

Untuk catatan kali ini saya memohon maaf pada semua pembaca, sahabat-sahabat yang kadang kala curi tengok laman ini. Semoga kamu semua dalam kesihatan yang baik dan terus istidamah di atas jalan-jalan kebaikan. Blog ini sekadar catatan yang tidak seberapa.

Hidup... kehidupan di muka dunia adalah karuniaNYA
DIA ZAT yang memberi nyawa kepada sekalian buana
ZAT YANG mustahil lalai, mustahil lena...
tiada suatu pun serupa dengan NYA
MAHA SUCI ALLAH dari sifat kekurangan...

kehidupan  nilai yang  tidak mampu diukur harga
ia pelabuhan sementara...
Buat pedagang mengusaha amal
sebagai bekal...
kerana setelah habis di labuhan ini
kita berangkat menuju destinsi abadi.

Sebesar zarah baik mahupun jelik
kita yang tanggung
hasil perbuatan sewaktu di pelabuhan.

Kita hanya dagang-dagang
yang kekerungan sifatnya
lupa identitinya
leka hidupnya.
Kalau sedar mana mungkin buat begini?

Cinta dunia takut mati
penyakit kita hari ini.
 sedarlah diri
pohon petunjuk ilahi.
bersahabat orang soleh
mendoakan sesama kita.

Semua di sana akan bermusuh nanti
kecuali orang yang bertaqwa
berkasih sayang kerana ALLAH.
insya ALLAH.

Nama kampung saya labuhan dagang. Betul lah dunia tempat pelabuhan kita para pedagang.
Semoga kita jadi pedagang yang baik.

Kat pelabuhan ada benda baik dan buruk. ALLAH suruh kita ambil yang baik untuk bekalan kita di akhirat.
Tapi kita suka ambil yang buruk. Itulah  yang selalu kita kumpul. Di sana baru kita menyesal.
Dalam al Quran banyak cerita tentang ahirat. Ada golongan ashabul yamin, ada juga ashabu syimal.Kalau kita selalu baca kita tahu. Masalahnya tak baca. apatah lagi tadabbur.


Orang soleh bila lihatnya langsung teringat hari akhirat. Sedar tujuan hidup di dunia.
                                           Orang soleh2