Isnin, 17 Januari 2011

Al Fadhil Tuan Guru Haji Soleh Sik



Al fadhil Tuan Guru Haji Soleh Musa merupakan ulama' yang mashur berasal dari utara tanah air. Menurut guru saya yang pernah berguru dengan beliau, Tuan Guru dikenali sebagai seorang yang alim dan murshid dalam ilmu tauhid. Beliau mula mendalami ilmu agama sejak kecil di pondok-pondok sekitar Kedah kemudian melanjutkan pengajian ke Makkah Mukarramah. Di Mekkah Tuan Guru berguru dengan Sheikh Qodir Almandeli atau lebih dikenali sebagai Pak Daie. Dikatakan Tuan Guru merupakan orang yang pakar dalam ilmu usuluddin di Malaysia. Ketinggian Ilmunya memang tidak dinafikan berikutan ramai ULAMA'-ULAMA' keturunan RASULULLAH S.A.W dari tanah arab yang menziarahi beliau sendiri di Pondoknyayang terletak di pekan Sik (Madrasah Ar-Rahmaniah, Sik). Antaranya Sheikh Ibrahim Alkattani Rahimahullah seorang muhaddis daripada Mesir, Habib Yusuf Assagaf Mufti Kanada, Habib Kaziem daripada Yaman. Ulama'-ulama' ini sendiri datang untuk menziarahi Tuan Guru. Saya pernah menghadiri kuliah umumi pada hari jumaat di pondok Tuan Guru, kehadiranya mencecah ribuan orang. Ada juga di kalangan masyarakat setempat yang mengambil kesempatan menjaja barang harian di sekitar pondok. Nasihat saya kepada sahabat-sahabat semua marilah sama-sama kita mengambil kesempatan berguru dengan ulama' ini. Bukan senang mencari orang yang betul-betul alim seperti beliau di Malaysia.

Ada satu kisah yang pernah diceritakan oleh seorang guru saya, mengenai seorang jenazah wanita yang tidak reput sewaktu pemindahan kubur sebelum pembinaan empangan Beris. Menurut warisnya, jenazah itu merupakan salah seorang anak murid Tuan Guru Haji Soleh. Semasa hayatnya beliau merupakan orang yang sangat mengasihi ulama'. Dikatakan setiap kali beliau tersempak dengan Tuan Guru dalam perjalanan, beliau akan menangis mengenangkan nasibnya di akhirat. "Adakah aku dapat bersama dengan mereka (alim-ulama') di akhirat nanti" rintihnya. Diceritaka GURU saya setiap kali tersempak Tuan Guru beliau akan menintiskan air mata. Begitulah kasih dan cinta beliau kepada alim- ulama'.

Satu kisah pula dizaman dahulu mengenai seorang wanita yang apabila digali semula kuburnya, didapati jenazahnya berpaling dari arah kiblat. Dikatakan semasa hayatnya wanita ini suka mencaci Ulama'- ulama' yang berdakwah menyampaikan Islam.
Saya ceritakan kisah-kisah ini sebagai pengajaran untuk kita semua agar mengasihi golongan-golongan ulama'. Mereka merupakan doktor yang merawat hati kita dan membawa kita mengenal ALLAH. Tanpa Ulama' dunia kita akan porak-peranda. Kerana tiada orang yang akan memberi peringatan kepada kita.

Antara cara untuk menghidupkan hati adalah dengan mendampingi para Ulama'... insya ALLAH