Selasa, 29 Disember 2009

Apalah aku ini

Apalah aku ini
Masih cinta meniduri tilam empuk
sedang pembaringanku di barzakh
hanyalah tanah basah asal kejadianku
Apakah patut aku mengenakan pakaian bernilai harga
sedang kain kapan ku nanti hanya kain biasa
cuma mengapa masih ada cintaku pada dunia?
sedang aku di barzakh tidak berguna apa
Andainya di sana aku di terima TUHAN
Apakah simpanan dan tabunganku
mampu untuk ku beli syurgaNYA?
Keberuntungan apa kalau ki pinta dipanjangkan usia?
sedang amalku tidak bertambah jua
hanya melambakkan dosa dan noda
menghitan diri dalam sengsara..

Wahai diriku!
Cubalah kau sedari
bahawa kau tak punya pilihan
membataskan waktu untuk MASA KEBERANGKATAN
Tidak punya kuasa menentang tugas Izrael
Menjelang kehadiranya di depan mata,
lemah kan terasa..
kegerunan kan tiba.
Menjadi manusia yang kaku
Tidak berdaya brkata apa
Hanya hati yang bertanya " Apakah telah tiba masanya"
di kala ia berdiri di hadapan mata
Siap menjalankan tugasnya
Diwaktu hati bertanya apakah masa telah tiba?
aekujur tubuh lemah tak bermaya
Taubat juga tidak berguna lagi
Titisan air mata pun tidak mengundang belas kasihnya

Di waktu saat hampir tiba
Degupan jantung kencang tidak tehingga
gementar menempuh pengalaman SAKARATUL MAUT seorang diri.
Tiba-tiba kau berasa sejuk bermula dari hujung kaki
ia bergerak perlahan-lahan
jua kasikatan mula merangkak ke seluruh tubuh
sampai ia berhenti di dada yang berombak
bersiap untuk mengalami sebuah MATI
Kenudia ia berhenti di kekorongkongan
Degup jantung yang berdegup sekian lama
semnjak kau hadir dari perut ibi akan berhinti bila-bila masa
lalu kau akan terasa
SAKARATULMAUT!!!

Tebanglah jiwamu ke alam tinggi
selamat tinggal dunia...
Selamat tinggal dunia buat selama-lamanya..

Kawan-kawan,rakan-rakan dan taulan, sanak saudara
kemudian menerima berita mengejutkan.
INNALILLAHIWAINNAILAIHIRAJIUN
maka gelaran mu pun berubah
Engkau tudak lagi dipanggil manusia
tetap engkau kini adalah mayat..

Setelah selesai engkau dimandikan
dengan kesakitan siraman air pada tubuh mu..
maklumlah tubuh mu parah luka
sebab seretan roh keluar dari jasad mu

Tunggulah sampai suatu hari
Kau akan dibangkitkan TUHAN
untuk satu pengadilan
Dari situ..
Kau akan ditentukan dunia baru mu
Syurga atau Neraka
Kau tunggulah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan