Sabtu, 18 Februari 2012

Isnin, 6 Februari 2012

- Harapan padaMU Subur Kembali (MTV KARAOKE)



Perjalanan kita sangat jauh dan panjang
Penuh liku dan ujian
ilmu yang bermanfaat memandu kita dalam perjalan menuju ALLAH.

Khamis, 2 Februari 2012

Biodata kekasih Allah

  Di subuh yang hening 12 rabiul awwal lahirlah seorang insan yang mulia ke dunia............

''Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga aku ini terlebih ia kasihi lebih daripada ia mengasihi kedua ibu bapanya dan anak-anaknya dan sekelian manusia". (Mafhum Hadis)

Biodata kekasih ALLAH (Muhammad Bin Abdullah)

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutholib
Nama ibu : Aminah binti Wahab
Bangsa keturunan : Arab Quraish
Tempat Lahir : Kota Makkah
Tarikh Lahir : 12 Rabiul Awwal Tahun Gajah
Pangkat : Pesuruh Allah (Rasul ummat akhir zaman)
Jantina : Lelaki 
Isteri : Khadijah, Aishah, Hafsah, Juwairiah, Mariah Qibtiah, dll (ruju' buku siroh)
Anak : Qosim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Roqayyah, Ummi Kalthum
Sahabat terapat: Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali R.A
Cucu : Hasan dan Hussin
Menantu : Ali bin Abi Tholib ( berkahwin dengan Fatimah bintu Rasulullah)
Umur di lantik menjadi Rasul : Hampir 40 tahun
Tempat : Di gua Hira' di Jabal Nur
Sifat wajib bagi Rasul : 1. Sidiq (benar) 2. Amanah 3. Tabligh (menyampaikan) 4. Fathonah         (bijaksana)
Warna kegemaran : Putih dan warna yang cerah
Mu'jizat : Bulan terbelah dua, air keluar dari celah jari Nabi yang mulia, Peristiwa isra' mi'raj dan yang teragung adalah Al quran.
Akhlak Nabi : Segala akhlak terpuji seperti penyantun, pemaaf, pemurah, mengasihi kanak-kanak, memuliakan tetamu, mengasihi kaum muslimin, suka menolong, pembersih dan banyak lagi.
Sunnah Nabi : Solat jemaah, berwangi-wangian, bersugi, sentiasa berwudhu', membuang halangan di jalan, dan banyak lagi tauladan yang baik yang mesti kita contohi.
Ikhwan : Mereka yang tidak pernah melihat Nabi tetapi mengasihi Nabi dan beramal dengan ajaran baginda s.a.w.
Pengorbanan : Menyebarkan dakwah islamiah walau mendapat tentangan yang hebat dari kaum keluarga dan musyrikin. Diceritakan pernah di tuang perut unta di atas tubuh Baginda semasa solat dan dilempar dengan batu sewaktu berdakwah di Thoif sehungga berdarah tubuh suci Rasulullah s.a.w
Cara mencintai Baginda s.a.w : Mempelajari siroh Rasulullah dan menghayatinya sehingga timbul rasa cinta pada Baginda dan perjuangan Baginda s.a.w. Jangan memandang remeh sunnah Baginda walaupun nampak kecil kerana dalam sunnah ada kejayaan dan berakhlalah dengan akhak Baginda s.a.w
Pesanan Nabi s.a.w sebelum wafat :  Peliharalah solat dan orang yang lemah di kalangan kita.



RASULULLAH S.A.W TELAH WAFAT PADA HARI ISNIN KETIKA BAGINDA BERUMUR 63 TAHUN DI MADINAH. BAGINDA TIDAK PERNAH LUPA TENTANG UMMATNYA SEHINGGALAH SAAT PEMERGIAN BAGINDA. BAGINDA TELAH MENINGGALKAN AL QURAN DAN ASSUNNAH SEBAGAI PANDUAN HIDUP UMMATNYA DI AKHIR ZAMAN. BARANGSIAPA YANG BERPEGANG DENGAN KEDUANYA TIDAK AKAN SESAT SELAMA-LAMANYA.
nashid pemergianMU hayatilah bersama....